Monday, January 17, 2011

Cemerlang Sains dengan Peta Minda

SAINS: MATAPELAJARAN YANG SUKAR

Adalah tidak dinafikan bahawa matapelajaran Sains merupakan satu matapelajaran yang agak sukar bagi kebanyakan pelajar. Ini adalah kerana anda perlu mengingati dan menghafal banyak konsep dan fakta. Maka untuk memperolehi markah yang baik atau ingin mendapat 'A' dalam matapelajaran Sains adalah idaman semua pelajar.

Untuk mendapat markah yang tinggi dalam apa sahaja matapelajaran termasuk Sains, anda perlu tekun dan rajin membaca nota yang telah diberikan oleh guru atau buku teks yang sedia ada. Walaubagaimanapun buku teks yang tebal yang mengandungi ratusan atau mencecah ribuan kata kunci fakta Sains boleh mematikan semangat pelajar untuk meminati Sains.

Cuba baca di sini ,,, www.petaminda.com